CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 28, 2009

Cinta, bagaimana harus memilihnya? –Khas untuk yg perlu mmbuat pilihan.


Pernah tak korang berada dalam dilemma untuk memilih yang terbaik antara orang-orang yg korang sayangi? Susah bukan utk memilih? Kadang2 tue terpaksa memilih sorang diantara 10 org…fuhh..susah tu.

Firstly…kekasih macam mana yg korang nak antara semua orang yang korang sayangi…Korang kena ingat, orang yg korang pilih itu lah yang akan jadi teman hidup korang. Mestilah korang nak yang terbaik,..iye kan? Tetapi sejauh manakah kriteria pilihan korang tue? Pentingkah? 
Kat bawah nie saya dah sediakan beberapa kriteria. Nak senarai banyak2 tak mampu, jadi sy senaraikan yg termampu…buat lah pilihan yang terbaik antara kriteria ini. 

Kriteria-kriteria teman seumur hidup : 
Siapakah yang akan anda pilih? 

Adakah anda akan memilih yang paling baik? 
Adakah anda akan memilih yang paling pemurah? 
Adakah anda akan memilih yang paling kacak/lawa (elok paras wajahnya)? 
Adakah anda akan memilih yang paling segak tubuh badan? 
Adakah anda akan memilih yang paling sihat? 
Adakah anda akan memilih yang paling kaya? 
Adakah anda akan memilih yang paling berjawatan tinggi? 
Adakah anda akan memilih yang paling bergaji besar? 
Adakah anda akan memilih yang paling berpangkat besar? 
Adakah anda akan memilih yang paling kaya?  
Adakah anda akan memilih yang paling sopan-santun? 
Adakah anda akan memilih yang paling baik latar belakang keluarganya? 
Adakah anda akan memilih yang paling menyayangi anda? 
Adakah anda akan memilih yang paling anda sayangi? 
Adakah anda akan memilih yang paling mencintai anda? 
Adakah anda akan memilih yang paling anda cintai? 
Adakah anda akan memilih yang paling manis kata-katanya? 
Adakah anda akan memilih yang paling kerap memuji anda? 
Adakah anda akan memilih yang paling kerap menemani anda? 
Adakah anda akan memilih yang paling soleh/solehah/beriman? 
Adakah anda akan memilih yang paling sempurna? 


Sudah membuat pilihan? 
Yakin dengan pilihan anda? 
Setiap pilihan anda ada pro dan kontra nya…Nak tahu apa? 
Take a look at what I am going to say about your choice. 

Adakah anda akan memilih yang paling baik? 
- Mungkin si dia itu baik pada anda tapi adakah dia baik terhadap orang lain? Jika ya, sejauh manakah kebaikan dia? Tidak semua orang yang baik itu benar-benar baik dan tidak semua yang jahat itu benar-benar jahat. Setiap isi hati manusia Allah saja yang mengetahui. 

Adakah anda akan memilih yang paling pemurah? 
-Mungkin si dia itu pemurah pada anda tapi adakah dia pemurah kepada orang lain? Tidak semestinya anda akan bahagia dengan si dia yang pemurah sahaja. Anda juga masih boleh bahagia dengan si dia yang kurang pemurah, asalkan dia mengambil berat hal diri anda dan dapat membahagiakan anda. 

Adakah anda akan memilih yang paling kacak/lawa (elok paras wajahnya)? 
-Pentingkah paras rupa untuk menjadi kekasih anda? Adakah anda akan bahagia hanya jika bersama si dia yang paling elok paras rupanya? Jika begitu mentaliti anda, anda silap besar…Ingin tahu mengapa??? Kita manusia, tidak layak menilai orang sebegitu. Sedangkan Allah s.w.t sendiri mengatakan bahawa manusia ini adalah seelok-elok ciptaannya. Jadi,siapalah kita untuk memilih. Ingatlah bahawa kita ini setaraf dan amat cantik di sisi Allah,.dan juga, fikirkanlah apa perasaan anda jika orang yang anda sayangi meninggalkan anda hanya kerana anda tidak lawa di matanya...begitu jugalah perasaan orang yang anda tinggalkan semata-mata kerana dia tidak lawa dari pandangan anda. 

Adakah anda akan memilih yang paling segak tubuh badan? 
- Tubuh badan adalah anugerah Allah. Anda perlu menghargainya. Jika anda memilih si dia yang berbadan segak, tidakkah anda terfikir yang tubuh badan itu boleh diubah? Dari kecil ke besar dan sebaliknya…Fikir-fikirkanlah. 

Adakah anda akan memilih yang paling sihat? 
-Kesihatan itu adalah nikmat kehidupan. Tidak semestinya anda hanya akan bahagia bersama si dia yang sihat sahaja dan tidak bahagia dengan yang kurang sihat. Ingatlah bahawa kesihatan itu diberi Allah dan Allah berkuasa menarik balik mengikut kemahuannya. Yang sihat boleh menjadi tidak sihat dan yang kurang sihat/sakit boleh sembuh. Jadi, pada pandangan saya, kriteria ini tidak penting. 

Adakah anda akan memilih yang paling kaya? 

-Kekayaan itu tidak penting, kerana kekayaan yang abadi hanya milik Allah. Untuk apa anda memilih si dia yang kaya? Adakah bagi anda kekayaan itu adalah segala-galanya bagi anda? Kriteria ini tidak penting, ingi tahu mengapa? Kerana kekayaan itu boleh dikejar dan didapati hanya dengan usaha. Semua orang boleh menjadi kaya dengan usaha yang kuat. Hal keduniaan dikejar, hal akhirat jangan dilupa.
Adakah anda akan memilih yang paling berjawatan tinggi? 
-Jawatan boleh dikejar, janganlah anda pertaruhkan kebahagiaan anda hanya kepada si dia yang berjawatan tinggi. Yang rendah jawatannya juga masih dapat membahagiakan anda. 

Adakah anda akan memilih yang paling bergaji besar? 
-Untuk apa? Shopping or else? Gaji boleh dicari..Usaha..Mengapa anda mahu si dia yang bergaji besar padahal anda juga boleh bekerja dan mendapat gaji besar? 

Adakah anda akan memilih yang paling berpangkat besar? 
-Untuk apa pangkat? Pentingkah ini untuk kebahagiaan anda? Jika anda hanya mahu berpangkat untuk dihormati, lupakanlah kerana serendah mana pun pangkat kita tetapi selagi kita menghormati orang, kita juga akan sentiasa dihormati. 

Adakah anda akan memilih yang paling sopan-santun? 
-Tidak semestinya dia sentiasa bersopan-santun..Sifat ini boleh dibentuk. Jika si dia itu kurang bersopan-santun, anda masih boleh mengubah sifatnya itu. Tetapi jang terlalu mengubah dirinya..kerana kita perlu menerima seseorang itu seada dirinya seperti mana kita mahu dia menerima kita seadanya diri kita.Renungkanlah. 

Adakah anda akan memilih yang paling baik latar belakang keluarganya? 
-Pepatah pernah mengatakan, “jika ayahnya seorang imam,belum tentu anaknya seorang imam,begitu juga jika ayahnya seorang penjahat,belum tentu anaknya seorang penjahat”. Fikirkanlah pepatah ini. 

Adakah anda akan memilih yang paling menyayangi anda? 
-Tahukah anda sejauh mana dia menyayangi anda? Tidak semestinya jika dia selalu memberitahu anda dia menyayangi anda dia menyayangi anda lebih daripada si dia yang kurang memberitahu anda. Isi hati seseorang hanya Allah yang ketahui. Jangan sesekali salah membuat pilihan. 

Adakah anda akan memilih yang paling anda sayangi? 
-Jangan termakan dengan isi hati sendiri. Bak kata orang, ikut hati mati, ikut rasa binasa. 

Adakah anda akan memilih yang paling mencintai anda? 
-Sejauh manakah dia mencintai anda? Dia pernah mencintai kekasihnya juga sebelum ini…(jika ada)…Ketahuilah bahawa cinta itu boleh dipupuk dan dicambahkan jika kita tahu bagaimana caranya. 

Adakah anda akan memilih yang paling anda cintai? 
-Orang yang anda cintai tidak semestinya mencinta anda sebagaimana cinta anda terhadap dia. Cinta itu boleh dipupuk. Anda boleh mencintai seseorang yang anda tidak pernah terfikir untuk mencintainya. Betul x? 

Adakah anda akan memilih yang paling manis kata-katanya? 
-Jangan termakan kata-kata. Sesiapa sahaja boleh berkata manis jika dia mahu. Iye kan? 

Adakah anda akan memilih yang paling kerap memuji anda? 
-Adakah pujian itu penting untuk kebahagiaan? Pada pandangan saya, tidak, pujian tidak penting sama sekali. Cuba fikir, adakah pujian sahaja yang boleh membahagiakan anda? Mestilah tidak bukan? Anda juga boleh memuji diri sendiri…Malu? Jangan fikir soal malu, jika tiada yang mahu memuji anda, tidak salah anda memuji diri anda…dan jika semua orang memuji diri anda…anda juga hendaklah memuji diri anda.. Pujian adalah terapi yang baik juga tetapi bukan pengukur kebahagiaan. 

Adakah anda akan memilih yang paling kerap menemani anda? 
-Masa yang diluangkan bersama anda tidak menggambarkan kebahagiaan yang bakal anda miliki seterusnya…percaya atau tidak itu terserah pada anda. 

Adakah anda akan memilih yang paling soleh/solehah/beriman? 
-Jika yang soleh/solehah/beriman itu benar-benar beriman, tidak akan wujudlah peribahasa “alim-alim kucing”. Saya tidaklah berkata kesemua yang soleh/beriman itu alim-alim kucing…tapi kita boleh membentuk seseorang yang jahil agamanya kepada yang beriman…Ingatlah, bahawa kita boleh mengubah diri kita/si dia hanya dengan keinginan kita/si dia. 

Adakah anda akan memilih yang paling sempurna? 
-Nobody perfect. Right? 


Komen-komen di atas hanya dari pandangan dan persepsi saya melalui pengalaman yang pernah saya lalui.  
Untuk memilih, saya memilih orang yang mampu membahagiakan diri saya dan menerima diri saya seadanya…ingatlah bahawa cinta itu boleh dipupuk.
Jadi pilihlah orang yang mampu menyayangi anda dan membuatkan anda selamat bersamanya.Tapi, jangan sesekali bersedih jika hubungan itu terpaksa berakhir dan jangan sesekali salahkan takdir. Ingatlah bahawa, jodoh,pertemuan,ajal dan maut di tangan tuhan… 

Sekian,… 

Miss Love.




FRIENDSHIP and LOVE


"People never know how special someone is until they leave, but maybe sometimes its important to leave, so they are given that chance to see how special that someone really is!"

- Ada benarnya ayat di atas, "Kita tidak akan mengetahui kepentingan seseorang itu sehingga dia meninggalkan kita,tapi mungkin kadang2,penting untuk kita tinggalkan,oleh itu mereka akan mendapat peluang untuk mengetahui betapa pentingnya seseorang itu kepada mereka."

Fikir-fikirkanlah

Sekian,

Miss Love.

Jawapan pada setiap persoalan.


Assalamualaikum.

Hye.

Saya Miss Love.

Salam perkenalan pada semua.

Saya masih baru dalam penulisan blog ni.

Jadi saya mohon jasa baik anda semua untuk membantu dan menyokong blog saya.

Blog ini saya tulis khas untuk kita bersama-sama berkongsi pendapat serta pandangan kita tentang cinta,hati dan perasaan. Kita bukanlah ingin mencari siapa yang benar dan siapa yang salah dalam soal percintaan dan permasalahan cinta ini tetapi untuk mencari satu KESIMPULAN.

Sekian,

Miss Love.